Aktiviti Basikal :- terhadap badan kita....
AKTIVITI BERBASIKAL HAMPIR SETIAP MINGGU |
HEART RATE, GELAP MATA, PELUH DI DAHI, RASA NAK TUMBANG,
Apa nak buat?
Salam, nak komen di ruang berita kematian, rasa tak sesuai, tapi boleh ambil iktibar dan be prepare dengan penulisan panjang ni.
Bagi yang ada jam heart rate, biasanya kalau dah tahap pening, gelap mata, nak muntah, angin macam tak lepas dalam badan, rasa nak tumbang, biasanya macam ni dah maksima heart rate (heart rate max berbeza2 antara kita ikut umur dan fitness).
Bagi yang tiada jam heart rate, belum ada dan dalam perancangan nak cari, kalau dah sampai tahap pening, gelap mata, pusing, nak muntah, angin mcm tak lepas dalam badan, nak berdiri pun rasa macam nak tumbang, terpaksa tunduk untuk bernafas, BERHENTI dulu dari berkayuh, jangan BARING. Duduk. Lunjur kaki. Jangan TIDUR.
Kalau boleh buka zip baju, buka helmet, buka spek, buka kasut,
Lunjur kaki dan bernafas dalam-dalam, rehat sampai peluh kering pun takpe. biar betul-betul resting.
Kawan nak tinggal dulu takpe, minta sorang teman, tapi biasanya kawan-kawan takkan tinggal kecuali yg ada urusan kerja, akan minta balik dulu. Biasanya kayuh santai No One Left Behind. Pergi bersama, balik sama.
Kalau rasa nak muntah, MUNTAHKAN, jangan tahan-tahan. biar keluar semua. Lagi bagus muntah dari tahan, dan dalam badan tak lepas nak bernafas.
Saya kumpul duit beli juga jam heart rate sebab nak training dulu-dulu, tapi dah tak training, lagi perlu jam heart rate. Orang yang dah heavy training dia dah tahu maksima dia boleh pergi macam mana. Orang yang jarang training, lebih perlu heart rate. sebab kita tak tahu maksima kita boleh pergi macam mana.
Selain jam beritahu kadar denyutan semasa, jam juga akan advice berapa lama kita perlu rehat selepas aktiviti tu.
Apa-apa pun, ini semua preparation sahaja. jikalau ajal, ada jam heart rate pun boleh meninggal dunia, tapi anggap persediaan tu sebagai satu usaha.
Jam heart rate ada pelbagai harga, boleh tanya kawan-kawan. Yang champ-champ pun ada yang pakai brand sigma, etc, tak perlu sampai fenix, tapi kalau mampu pakailah yang terbaik untuk diri anda sendiri.
Kalau yang biasa pergi gym training pro pun, yg tempat kayuh basikal tu pun trainer takkan bagi kayuh straight more than 45-60 minutes kalau orang yang resting heart ratenya tinggi, sebab resting heart rate tinggi ni bermaksud kita tak fit. Trainer akan suruh berhenti walau kita rasa kita macam boleh kayuh lagi sebab nak bakar lemak lagi, tapi tak, kat dalam, jantung kita dah max.
normal kita resting heart rate 60-90, kalau orang fit bawah 60, kalau superfit cecah 40.. kalau yang cecah 40 tu, dia off saddle push pun heart rate dia baru 150, tapi kalau kita yang normal ni, gear besar pun dah 180 heart rate. sebab heart rate reserve yang berbeza.
Semoga ada info yang bermanfaat. kalau ada salah silap boleh diperbaiki dan tambah info.
Kita sayang kawan-kawan kita. Kita baca sikit bagi tambah ilmu aktiviti kita inshaallah.
Kalau boleh sebelum kita dan grup mula berkayuh, tanya kawan-kawan kalau kita sayang kawan.
1. Dah breakfast ke?
Perut kosong mudah angin. angin akan kacau pernafasan kita. boleh jadi pitam macam orang perbarisan kalau tak breakfast.
2. Tidur jam berapa semalam dan bangun jam berapa?
Tidur yang tak cukup boleh buat seorang peserta IRONMAN kena serangan jantung walaupun ironman tu kali ke 10 dah dia masuk. Dia kena heart attack sebab malam sebelum ironman dia tido lewat, dan dia bangun lambat, dan dia RUSHING bersiap, menyebabkan jantung dia dah rush, nervous, blood pump tak smooth, dan dia kena heart attack.
3. Max hear rate hang berapa?
Tanya dia. kalau dia kata tak tahu, try kira untuk dia, kalau kita lead, tengok heart rate kita dan tanya kawan kawan selepas climbing, kalau sesak nafas teruk sangat, berenti. If dalam grup tu ada ramai yang ada jam heart rate lagi bagus. If sorang ada pun, jadilah guide yang bertanggungjawab bukan nak tunjuk kita fit dan power.
4. Hang ok tak?
Hang ok tak ni kadang kawan kita malu, semua power2 dan lepas climbing guna gear paling berat, so dia akan jawap AKU OK, JOM.
Kalau kita power dan berilmu, pegang nadi dia di pergelangan tangan atau di tengkuk dia, main veins dia. Kalau laju sangat, group DECIDE. REST DULU!
5. Jangan malu kalau tak kuat atau terpaksa tolak.
Kadang kita nak cabar diri, sebab nak improve, so kita try ikut group yang kuat, tapi bila dah ikut group yang kuat, kita malu kalau kena tinggal belakang, takut kena bahan, atau nanti orang amik foto, kita duk last, kawan up kat fb, kita malu.
There's no such thing malu di belakang atau malu tak kuat dalam BERSUKAN. Kita atas track dan kemampuan kita sendiri. Mereka kuat, itu kemampuan mereka, mungkin mereka kuat kayuh, takpelah, kita kuat makan or kuat kerja, kuat jugak kan?
6. Baca doa ramai-ramai sebelum start.
Bagi yang muslim, doa minta perlindungan. kita masuk hutan, walau hutan kecil ke hutan besar ke ladang sawit ke, tu bukan rumah kita. Rumah orang lain, kadang mereka kacau ganggu juga, dan kita tak sedar. Minta perlindungan dari kacau ganggu dan minta kayuhan diberkati dan selamat. Bagi yang bukan muslim pun boleh doa juga. minta semua kawna-kawan selamat.
Saya sekadar berkongsi. saya tak kuat, dan bukan otai, bukan sifu, atau apa-apa, saya sayang kawan-kawan yang berbasikal, semuanya.
============
Resting heart rate = heart rate waktu kita tak buat apa-apa, atau tidur. Lagi rendah, lagi fit, lagi kuat jantung punya kapasiti dan range.
Target heart rate = heart rate yang dikira berdasarkan umur, tolak 220, plus hear rate dgn reserve tu. Kalau kat target heart rate ni kita dah perform, means kita fit dgn rate tu.
Max heart rate = heart rate maksima, kalau pelumba basikal le tour de france, ada yang resting dia 38bpm, rendah gile. so dia punya max, 189 pun jantung tak pecah lagi, tapi dia climb susah pun HR dia baru 156-160..sebab dia superfit jantung dia bekerja sebab training2 dia.
masa saya lalu training gerilla dengan MSN, resting heart rate saya lepas 3 bulan training adalah 58..dan max saya 178.. off saddle 180 masih ok. tak pening.
lepas dah bebeebeberapa bulan tak kayuh, makan aje keje, tak fit, resting dah jadi 78, dan bila push 178, dah mula rasa pening dan telinga berdengung.
Kalau ikut foto ni, untuk normal people, MAX dalam kategori 4 dan 5 tu tak lebih dari 5 dan 10minit. kalau lebih, berkemungkinan muscle jantung tangkappppp.
sebab tu world champ, push heart rate kat 100 meter terakhir je.. kalau dia push awal, dia pun pancit.. tu world champ.. huhuhuh..
=======
For example, Miguel Indurain, a Spanish cyclist and five time Tour de France winner, had a resting heart rate of 28 beats per minute, one of the lowest ever recorded in a healthy human.