KTM RIDE N RIDE
RIDE N RIDE
KTMB
keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
jenis basikal yang boleh dibawa ke dalam tren itu meliputi basikal biasa, dan tidak hanya terhad kepada basikal lipat seperti sebelum ini.
Bagaimanapun, basikal jenis ini hanya boleh dibawa di luar waktu sibuk. Hanya basikal lipat yang boleh dibawa pada setiap masa perkhidmatan tren, tegas KTMB.
Penumpang yang membawa basikal berkenaan juga perlu membayar tambang khas untuk setiap basikal. Buat masa ini, kadar bayaran ini masih belum diumumkan tetapi dijangka akan ditetapkan pada kadar RM5 untuk setiap basikal.
Had masa itu hanya meliputi perkhidmatan tren Komuter (Port Klang- Rawang/Tg Malim dan Batu Caves – Seremban/Gemas).
Bagi perkhidmatan Komuter laluan Kamunting- Butterworh- Gurun/Padang Besar pula, penumpang boleh membawa kesemua jenis basikal pada setiap masa perkhidmatan.
Menurut KTMB, basikal bersaiz penuh ini juga hanya boleh dibawa dalam koc paling hujung, sama ada yang paling di hadapan atau di belakang.
Basikal lipat pula boleh dibawa dalam semua koc. Langkah ini bagi memudahkan pergerakan penumpang, kata pengarah besar KTMB, Azshidah Shah Shahari seperti dikutip dalam laporan media hari ini.
Waktu yang dibenarkan untuk membawa basikal biasa dalam tren Komuter:
Isnin-Jumaat (9.30 pagi – 4 petang/ 8 malam – 12.30 pagi)
Sabtu/Ahad/ Cuti umum (5.30 pagi – 11 pagi/ 8 malam – 12.30 pagi)
Panduan umum untuk bawa basikal:
- Bawa basikal dengan selamat
- Basikal tidak boleh halang laluan dan pintu
- Mesti jaga basikal setiap masa, tidak boleh dibiarkan
- Tidak boleh tunggang basikal di stesen, platform atau di dalam tren
- Perlu bayar caj minimum di kaunter tiket untuk bawa basikal. Kadar ini akan diumum kelak.
Panduan bawa basikal lipat:
- Mesti dilipat setiap masa semasa di stesen dan dalam tren
- Roda mesti ditutup jika kotor atau basah
- Bahagian tajam yang terjulur mesti ditutup.