Berbasikal boleh 'membalikkan proses penuaan' dan membantu sistem kekebalan tubuh, kajian mendapati LONDON 10 Mac - Kajian pasukan saintis Britain mendapati aktiviti berbasikal boleh melambatkan kesan penuaan dan 'meremajakan' sistem imun. Menurut portal mirror.co.uk , pasukan saintis melakukan ujian ke atas 125 penunggang amatur berusia antara 55 hingga 79 tahun dan membandingkannya dengan orang dewasa yang sihat dari kumpulan umur yang tidak bersenam secara berkala. Penemuan menunjukkan bahawa para penunggang basikal memelihara jisim otot dan kekuatan dengan usia sambil mengekalkan tahap lemak serta kolesterol yang stabil. Lebih menarik lagi, kesan anti-penuaan daripada aktiviti berbasikal turut menguatkan sistem imun. Satu organ dikenali sebagai thymus yang menghasilkan sel-sel imun dipanggil sel T biasanya mula mengecut selepas usia 20 tahun tetapi organ berkenanan pada penunggang yang lebih tua didapati banyak menjana sel T seperti orang m...